Cara Pemakaian Contact Lens


  1. Cara membuka botol

  2. Gunakan benda yang lembut seperti cotton bud untuk mengeluarkan contact lens dalam botol. Elakkan dari menggunakan benda yang tajam kerana akan membuatkan lens terkoyak. 
  3. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam sebelum memakai lens dengan solution yang boleh didapati di kedai cermin mata, farmasi dan drug store (watson/guardian) supaya dapat mengembalikan kelembutan dan keanjalan lens. 
  4. Setiap kali pemakaian kanta lekap pastikan tangan dicuci bersih bebas daripada sebarang kotoran dan habuk untuk elak daripada ketidakselesaan semasa pemakaian dan elakkan dari jangkitan kuman.
  5.  Cara pemakaian contact lens dengan menggunakan tangan kanan atau kiri (bagi yang kidal). Pastikan tahu permukaan depan dan belakang. Letak di hujung jari telunjuk (pastikan jari kering dan bersih).




     Kanta lebih berbentuk ditunjukkan seperti dalam gambar adalah permukaan depan dan bersedia untuk dipakai. Pemakaian kanta yang terbalik akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata dan seterusnya berlaku kerosakan pada selaput mata. 
  6. Cara pemakaian seperti dalam gambar di bawah.

  7.  Kemudian urut mata secara perlahan-lahan dengan tuala kecil untuk memberikan keselesaan pada mata. 
  8. Cara menanggalkan kanta lekap seperti berikut. (pastikan tangan bersih!)

  9. Setiap kali pemakaian lens haruslah dicuci dengan solution ye. Caranya menggosok perlahan-lahan dengan jari telunjuk di tapak tangan. Jika solution contact lens anda ada tanda 'no rub' maka perlu bilas sahaja. 

Comment sekali :)